KOROBORI PENGAKAP, PENYAMPAIAN SIJIL DAN SKAF KOROBORI
Korobori pengakap kanan-kanak Negeri Kedah kali ke 5 tahun 2018 telah diadakan pada 26 hingga 29 Julai 2018, bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah. Korobori ini dapat merealisasikan tujuan sebenar penubuhan Pengakap ke arah melahirkan pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah secara tidak formal. Antara objektifnya ialah :
- Menghimpunkan ahli-ahli Pengakap kanak-kanak bagi menambahkan pengalaman dan mengeratkan semangat persaudaraan Pengakap.
- Menguji kemahiran dan semangat bertanding sesame ahli dalam bidang kemahiran Kepengakapan.
- Menerapkan pembinaan modal insane gemilang selaras hasrat dan aspirasi negara.
- Menjana insane seimbang dari segenap aspek melalui aktiviti perkhemahan yang mencabar.