SEJARAH SEKOLAH
Tahun 1950
Pendudukan Kg. Permatang Bonglai bergotong-royong mengadakan sebuah Sek. Ren. Rakyat. Pengasasnya Hj Shaari b. Hamzah.
Satu bangunan berukuran 30’ x 30’ atas tanah Hj. Abd Rahman b. Abd Latif ( Bekas Kadi Besar Alor Setar berjaya didirikan dengan
jumlah murid 40 orang terdiri dari semua peringkat umur )
Tahun 1953
Sekolah lama dipindahkan ke Pida 6 kerana sekolah lama roboh dipukul ribut. Bangunan baru didirikan atas tanah yang diwakafkan
oleh Hj Shaari b. Hamzah, tanah seluas 1 relong. Bangunan sepanjang 60’ dan kos dibiayai oleh Pejabat Pelajaran Kedah.
Guru besarnya ialah Hj. Ibrahim b. Ahmad dengan 9 orang guru rakyat.
Tahun 1955
Sekolah didaftarkan dibawah Bantuan Separuh Kerajaan Persekutuan dengan 200 murid.
Tahun 1956
Murid meningkat kepada 210 orang
Tahun 1957
Murid meningkat kepada 350 orang. Jabatan Pendidikan Kedah membina 1 bangunan baru, 3 bilik darjah.
Tahun 1963
Seorang guru kerajaan dihantar ke sekolah ini dari Sek. Keb. Tunjang iaitu En. Md Noor b. Othman sebagai guru Pemangku Guru Besar.
Tahun 1964
Kerajaan mendirikan sebuah bangunan baru, 4 bilik darjah dan pejabat guru besar. Bangunan ini siap dibina pada awal tahun 1965
Tahun 1965
Sekolah Kebangsaan Permatang Bonglai dinaikkan tarafnya sebagai sek bantuan penuh kerajaan. En. Md Noor b. Ahmad berkhidmat sebagai Pemangku Guru Besar sehingga 31.6. 1972. Sekolah ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Syed Omar b. Syed Shahabudin,
Menteri Besar Kedah.
Tahun 1975
Atas nasihat jabatan Kerja Raya, sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang seluas 8 relong. Pada Februari 1975 sebuah lagi
bangunan baru 3 tingkat didirikan mengandungi 10 bilik darjah, perpustakaan, pejabat, bilik guru besar, kantin, setor , tandas,
telaga pam dan bangsal basikal. Bangunan ini siap pada 31.5.1976 dan mulai digunakan pada pertengahan tahun 1976.
Tahun 1976
Bangunan baru ini telah dirasmikan pada 11.11.1976 dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU LAKSAMANA oleh
YAB Dato’ Syed Omar Shahabudin, Menteri Besar Kedah.
Tahun 1977
Sekolah Menengah Permatang Bonglai mulai menumpang di bangunan sekolah ini.
Tahun 1978
Satu blok bangunan pasang siap dibina dengan 4 bilik darjah dan digunakan sepenuhnya Oktober 1978.
Tahun 1984
Dua bangunan tambahan 1 tingkat “Projek Gotong Royong” untuk menampung Sekolah Menengah Permatang Bonglai yang
menumpang premis.
Tahun 1987
SKTL mendapat satu lagi bangunan tambahan sejurus konkrit terdiri dari 4 bilik darjah.
Tahun 1992
SKTL mendapat 1 unit “annexe” telah ditambahkan dihujung blok yang dibina dalam tahun 1987 khas untuk menempatkan
murid-murid Prasekolah.
Tahun 2001
Awal bulan Disember 2001, satu lagi bangunan baru diwujudkan iaitu Makmal Komputer sebagai Projek Naik Taraf.
Tahun 2002
Pada 16.7.2002 (Selasa) upacara penyerahan kunci Makmal Komputer kepada pihak sekolah.
Tahun 2015
Perasmian Surau An-Najah oleh YB Dato' Wira Othman Bin Aziz, ADUN Parlimen Jerlun.