Piagam Pelanggan SKTL
Kami, keluarga SKTL berjanji dan berikrar dengan tekad dan iltizam yang satu, akan menumpukan
sepenuh usaha dan tenaga :-
- Mendidik dan membimbing anak-anak didik kami, berasaskan kepada budaya ilmu memenuhi kehendak negara, bangsa dan agama.
- Menentukan keluaran murid yang berkualiti, bertanggungjawab dan tahu harga diri.
- Mengamalkan budaya bermusyawarah, sentiasa mesra dan memberi layanan yang saksama.
- Mewujudkan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
- Menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi dan memenuhi keperluan semasa.
- Sentiasa memastikan persekitaran sekolah termasuk bilik darjah sentiasa bersih, indah , selesa dan selamat.
- Berusaha mencapai tahap akademik dan akhlak yang gemilang dan terpuji.